TERMA & SYARAT

  1. PENARIKAN DIRI
  • Tiada pembayaran balik kepada usahawan yang menarik diri.
  1. SYARAT UNTUK JUALAN
  • Vendor tidak dikenakan bayaran SKU tetapi hanya membayar untuk harga tapak.
  • Pembayaran untuk booth haruslah dibuat secara penuh bagi memudahkan pihak penganjur menetapkan no booth.
  • 50% deposit semasa booking manakala baki haruslah di bayar sebelum 20hb Feb 2017.
  • Setiap pembayaran dibuat tidak boleh dikembalikan.
  • Dibenarkan untuk menjual 3 produk dalam kategori yang sama untuk cluster SME
  • Usahawan digalakan untuk menjual produk pada harga distributor/agent
  • Usahawan perlu menyusun dan mengisi produk sendiri
  • Usahawan dibenarkan untuk membuat promosi produk di tapak dan pentas yang disediakan
  • Tidak dibenarkan memasak di dalam dewan
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan atau kehilangan barang / harta benda sepanjang karnival dijalankan.
  • Peniaga haruslah berniaga mengikut size booth yang ditetapkan dan tidak mengahalang laluan peniaga dan peniaga lain.
  • Penganjur berhak membatalkan penyertaan para peniaga jika didapati gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan tanpa ganti rugi.
  • Peniaga digalakkan mempromosikan karnival melalui media social dan lain-lain.
  • Peniaga haruslah berdisiplin sepanjang aktiviti karnival berlangsung.
  • Peniaga hendaklah memulakan perniagaan atau persiapan dari waktu ditetapkan.
  • Para peniaga mestilah menjaga kebersihan gerai dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kebersihan peniaga atau produk.
  • Penggunaan elektrik mestilah mengikut spesifikasi plug point dan peniaga dinasihatkan untuk merancang penggunaan elektrik bagi mengelakkan sebarang gangguan teknikal.
  • Vendor perlu memastikan tapak masing-masing sebelum menyusun barang
  • Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang stor bagi tujuan penyimpanan stok
  • Pihak penganjur ada menyediakan pengawal keselamatan tetapi tidak bertanggung jawab atas sebarang kehilangan produk yang di pamirkan

 

JADUAL PENDAFTARAN & MENYUSUN BARANG

 23hb Feb 2017 (1500 – 1700)            Pendaftaran

23hb Feb 2017 (1500 – 2300) Persediaan booth oleh peniaga