Pengenalan

Karnival go halal trade fair 2016/2017 di anjurkan secara bersama oleh Halal Retail Asia (HRA) dan Mahiez Alliance Group (M) Berhad sebagai rakan strategik sejajar dengan peranan Malaysia sebagai penggerak dan inisiator dalam industri halal di peringkat domestik dan global.

Ia akan di anjurkan di peringkat domestik, Asia Tenggara dan China bertujuan untuk memasarkan produk halal melalui platform yang telah di bangunkan oleh Mahiez Alliance Group (M) Berhad.

Di peringkat domestik, ia di anjurkan secara  roadshow di bawah “Program Pembangunan  Sme 500” ( PPS 500) untuk mempromosi dan memasarkan produk SME halal tempatan serta satu platform untuk memilih 500 produk  halal untuk pasaran China.

Ia juga adalah satu program untuk menyenaraikan syarikat SME halal tempatan di Bursa Equity di Xiamen Cross Straits Exchange bertujuan untuk membesarkan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.