Mahiez TV adalah salah satu cara pemasaran daripada Mahiez HRA untuk mempromosikan produk-produk IKS melalui platform media sosial. Mahiez TV disiarkan secara siaran langsung melalui Facebook, Instagram dan juga Youtube milik Mahiez HRA sendiri. Promosi melalui video adalah lebih baik dibandingkan melalui gambar kerana usahawan boleh bercerita dengan pengguna lebih banyak tentang produk mereka.

I-Mall merupakan nama program di bawah Mahiez TV yang membolehkan usahawan berinteraksi dan menceritakan kelebihan produk-produk mereka dengan lebih yakin. Program ini dihoskan oleh Pengacara TV3 iaitu Nizal Mohammad yang sememangnya dapat menjadikan program I-Mall lebih menarik dan mendapat penonton yang banyak.