Pasaran China

 

1.  Kedai Serbaneka Hi House

HiHouse adalah sebuah kedai serbaneka yang dikendalikan oleh Yuanji International dan Mahiez Alliance Group (MAG). MAG  merupakan pembekal eksklusif bagi produk halal. HiHouse adalah konsep baru dan MAG berusaha untuk menjadikannya sebagai “Zon Perdagangan Bebas Kediaman” sebagai perniagaan peruncitan global di Shanghai. Sebagai projek perintis, kini terdapat 107 cawangan di Shanghai sahaja dan mensasarkan untuk mencapai 150 cawangan menjelang akhir tahun ini. Pada fasa seterusnya adalah untuk membawa konsep yang sama ke wilayah lain melalui rangkaian China Post yang bertujuan untuk memnuhi 18,000 cawangan di seluruh China.

2.  Halal Showcase Centre, Xiamen

Halal Showcase Centre ini terletak di Xiamen Free Trade Zone. Ia berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran produk halal untuk Xiamen dan kawasan sekitarnya. Pemborong, peruncit, pengedar dan pembeli di wilayah Fujian serta sekitar akan tertumpu di sini untuk mendapatkan produk halal.

3.  Halal Showcase Centre, Qingdao

Halal Showcase Centre ini terletak di Qingdao, Shandong. Ia berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran produk halal untuk Xiamen dan kawasan sekitarnya. Pemborong, peruncit, pengedar dan pembeli di wilayah Shandong serta wilayah-wilayah sekitar tertumpu di sini untuk mendapatkan produk halal.

4.  Wholesale Centre, Wuxi

Bandar Wuxi terletak di wilayah Jiangsu berdekatan bandar Shanghai. Pusat borong ini merupakan pusat pengedaran produk makanan untuk wilayah sekitar termasuk produk halal untuk pasaran wilayah muslim. Kebanyakan pengedar dan peruncit adalah dari wilayah muslim dan mereka sangat menginginkan produk halal.