Ringkasan Eksekutif

Halal Retail Asia (HRA) adalah branding kepada satu inisiatif ekonomi yang bertujuan untuk mengambil bahagian dalam industri halal yang sedang berkembang di seluruh dunia. Bersama dengan Mahiez Alliance Group (M) Berhad, rakan kongsi kami yang juga bergiat didalam industri halal di China, berazam untuk mengenengahkan produk halal tempatan ke peringkat global dan seterusnya meletakkan Malaysia sebagai salah satu pemain halal global yang terbesar didunia.

diagram---02

Program Pembangunan SME 500

Satu inisiatif ekonomi yang bertujuan untuk mengambil bahagian dalam industri halal yang sedang berkembang di seluruh dunia seterusnya menjadikan Malaysia sebagai salah satu pemain halal global. 

 

Pelaksanaan Program

 

1. Karnival roadshow ke seluruh negara untuk:

  • Mempromosi & memasarkan produk SME di peringkat domestik.
  • Memilih 500 produk halal ke pasaran China & timur tengah.
  • Mengenalpasti syarikat SME yang memerlukan suntikan dana untuk membesarkan perniagaan melalui penyenaraian di China New 4th Board.

 

2. Pembangunan Produk 

 

a. Membangunkan Produk Dari Segi:

  • Kualiti produk (R&D)
  • Pengeluaran (OEM)
  • Packaging’ dan ‘labelling’

b. Online platform www.malaysiahalalretail.com

 

c. Membangunkan pusat pengumpulan, rangkaian pengedaran & peruncitan             produk sme ke seluruh negara melalui kiosk ‘ATAP’

 

d. Menganjurkan seminar dan kursus:

  • Asas pengurusan perniagaan
  • Pengurusan kewangan syarikat

 

3. Penyenaraian syarikat SME di China New 4th Board

 

  • Suntikan dana bertujuan untuk membesarkan perniagaan.
  • Status untuk memasaran produk di China.
  • Business matching dengan pemborong dan pembeli China.