MAHIEZ Alliance Group (MAG) telah menyertai China International Fair for Investment & Trade 2017 (CIFIT), salah satu pameran pelaburan dan dagangan yang terbesar di China. CIFIT diadakan di Bandar Xiamen, Wilayah Fujian selama empat hari bermula 18th – 21st  September 2017. Sebanyak 42 produk dari pelbagai kategori daripada 24 syarikat IKS menyertai CIFIT di bawah Pavilion MAG termasuk usahawan daripada agensi kerajaan RISDA dan Peladang. Seramai 20 orang usahawan turut serta dalam pameran tersebut manakala sebahagian yang lain hanya menghantar produk. Pavilion MAG berjaya memperoleh anugerah ‘The Most Outstanding Booth’ iaitu booth yang paling menyerlah sepanjang pameran berlangsung dengan anggaran 5000 pengunjung yang terdiri daripada pengguna, pemborong dan peruncit. Secara umumnya MAG telah melakar sejarah apabila menjadi syarikat pertama yang telah membuka peluang perniagaan di China kepada IKS Malaysia melalui pasaran peruncitan Hi-House, pemborong yang telah dikenalpasti dan rangkaian peruncitan di sekitar Xiamen. MAG berjaya mengadakan ‘business matching’ dengan lebih daripada pemborong dan peruncit dari pelbagai wilayah di China termasuk pemborong dari Taiwan dan kini sedang melanjutkan perbincangan.